1:40 PG

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN DI HILL CITY 12 JULAI 2010

Sila Isikan Borang maklumbalas tersebut

8:29 PG

KURSUS BESTARI


Tanggal 29 Julai 2009 aku melapor diri di IPGM Kampus Hulu Kinta bagi mengikuti Kursus Pembestarian Sekolah...Di dalam kursus ini,banyak pengetahuan yang aku perolehi terutamanya berkenaan dengan proses pembelajaran P& P bestari...Di sini aku berjumpa kawan-kawan baru...semuanya dari daerah yang jauh...Kadang-kadang aku terfikir adakah selama ini aku belum bestari...Terlintas persoalan ini dibenak fikiranku ini..Setelah ditaklimatkan oleh pensyarah-pensyarah yang berpengelaman barulah aku tahu bahawa sebenarnya aku memang dah bestari cuma ia belum sempurna.....Aku tak mempunyai kemahiran dalam ICT namun berkat daripada bantuan rakan-rakan kursus dapatlah sedikit tentang ilmu ICT yang sebelum ini memang aku tak pernah jumpa...Makanan? adakalanya best..dan ada masa tak berselera..biasalah..yang pentingnya makan free...4 minggu berada di sini ibarat 4 tahun...teringat detik2 masa berada di maktab dahulu...pergi kuliah kena berjalan..sampai berat badan pun dah turun...Walauapapun halangannya aku akan tetap menyusuri jalan-jalan bestari yang tentunya dapat melahirkan insan dan jiwa yang benar-benar bestari...

11:03 PTG

Murid ku Sayang

Masih jelas di ruang mata...
saat pertama kau ku sapa,
saat pertama bertentang mata,
walau bermusim ianya berlalu pergi,
keindahan detik itu masih mekar
di sanubari,

Muridku...
lihatlah sekeliling mu,
inilah dunia mu,
inilah pentas permainan mu,
jangan gentar jangan gerun,
bangunlah kau berlari gagah,
usah mengundur usah mengalah,

Muridku...
engkaulah anak merdeka,
engkaulah anak Malaysia,
dunia kini kian berubah,
Measat, KLCC, MSC jua ICT,
menjadi satu wadah perjuangan,
semua ini milik mu jua,
tawanlah segala ilmu yang ada,
biar dunia mengenali siapa diri mu,

Wahai muridku...
Usah kau meninggi diri,
atau sombong dan saling membenci,
ingatlah pada Tuhan Mu,
taatlah pada ibubapa mu,
setialah pada pertiwi mu,
bulatkan segala tekad mu,
dan berpeganglah pada janji janji mu,
sesungguhnya muridku...
dunia ini adalah milik mu,
janganlah dipersiakan segalanya,
janganlah dibazir peluang yang ada,
ingatlah... ingatlah... ingatlah...

2:44 PG


MyCartopia.com Click here to get one

2:05 PG

KERJA...KERJA....

Penat..penat..alangkah letihnya aku semenjak dua menjak ini..banyak benda yang hendak dibuat..periksa OTI 1 baru berlalu...Sukan pun dah berlalu...MTQ pun dah lepas....nasib baik le tak jadi tuan rumah utk Mahrajan Kesenian Islam...semua ini aku tak kisah..selagi aku seronok bekerja,apa pun yg dibagi aku buat sekadar yang termampu..sekarang ni aku nak mengadap kursus pulak..lagi sekali jadi S/u LDP..macam le SKST ni dah x de orang..x pe cari pengalaman...bila nak bg kat orang lain..ada yg kata sibuk..dah le Penyelaras makmal dia bg kat aku...mula2 aku suruh bg org lain ,tp katanya dah x de org..sibuk katakan...x kisah le...janji selagi hayat dikandung badan selagi itu aku akan berkhidmat utk agama bangsa dan negara.....janji rock!!!

12:37 PG

KENANGAN DI LANGKAWI

 

 

 

 
Posted by Picasa

12:03 PG

MAHDI AKIF-MURSYIDUL AM IKHWANUL MUSLIMIN

Fadhilatul Mursyid Muhammad Mahdi Akif

Ia sesungguhnya adalah kelebihan Allah yang diberikan kepada kami bahawa Jamaah ini sudah lama, dan ia mempunyai peraturan kerja dan thawabitnya (perkara-perkara tetap), ini ditambah lagi dengan Ikhwan Muslimin yang tidak bekerja melainkan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dengan ini semua perkara dapat disempurnakan dengan mudah dan senang, mengikut peraturan kerja Jamaah yang sedia diketahui", dengan menjelaskan bahawa pemimpin-pemimpin Jamaah yang berkenaan telah berkumpul dan memilih siapa yang akan memegang jawatan Mursyid. Kemudian berlaku ijma' (kesepakatan) ke atas nama yang dikemukakan dari semua institusi Ikhwan yang terdapat di medan antarabangsa."- Fadhilatul Mursyid Al Ustaz Muhammad Mahdi Akif.

Fadhilatul Mursyid Muhammad Mahdi Akif adalah Mursyidul A'm Gerakan Ikhwan Muslimin yang ketujuh. Beliau menggantikan Almarhum Ma'mun Hudhaibi sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin pada tengahari Rabu 14 Januari 2004 yang lalu.

Pada tarikh tersebut Al Ustaz Mohd Hilal yang memangku tugas-tugas Murshidul Am Ikhwan Muslimin setelah kewafatan Almarhum Ma'mun Hudhaibi dengan rasminya mengumumkan pengganti penerus kepimpinan Ikhwan oleh Muhammad Mahdi Akif. Seluruh Anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin bersepakat dan menyatakan baia'h kepada beliau sebagai Mursyidul A'm Ikhwan Muslimin yang Baru.