7:38 PTG

2009 KIAN MENJELMA...

SELAMAT TAHUN BARU 2009


Dikesempatan ini saya ucapkan selamat tahun baru 2009 semoga kedatangan tahun 2009 akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang yang kita ceburi..Sesungguhnya kenangan 2008 tentu tidak dapat dilupakan,namun segala apa yang terjadi aggaplah ia sebagai pembakar semangat dan azam untuk kita terus berusaha membaiki diri kita.Belajarlah dari kesilapan lalu..Pohonlah keampunan dari Allah sekiranya kita terlanjur membuat dosa kerana Allah itu Maha Pengampun..Moga tahun 2009 menjadi titik tolak ke arah perubahan diri kita agar menjadi orang yang betul2 berjaya di dunia mahupun di akhirat.....

6:34 PTG

SUBHANALLAH...MAHA SUCI ALLAH..













TRAGEDI TANAH RUNTUH DI
BUKIT ANTARABANGSA


Dunia dikejutkan dengan satu lagi tragedi yang menyayat hati di kalangan rakyat malaysia khususnya.Tragedi yang berlaku di Bukit Antarabangsa telah menyaksikan 14 buah rumah telah ranap ditimpa tanah runtuh dan yang mengakibatkan 4 orang terkorban..Seharusnya kita harus belajar daripada tragedi ini sebelum pisang berbuah entah yang ke berapa kali..Kepada mereka yang ditimpa bencana banyak-banyaklah bersabar dan memohon keampunan dari Allah bagi mereka yang beragama islam kerana ini adalah ujian dari-Nya jua....