8:29 PG

KURSUS BESTARI


Tanggal 29 Julai 2009 aku melapor diri di IPGM Kampus Hulu Kinta bagi mengikuti Kursus Pembestarian Sekolah...Di dalam kursus ini,banyak pengetahuan yang aku perolehi terutamanya berkenaan dengan proses pembelajaran P& P bestari...Di sini aku berjumpa kawan-kawan baru...semuanya dari daerah yang jauh...Kadang-kadang aku terfikir adakah selama ini aku belum bestari...Terlintas persoalan ini dibenak fikiranku ini..Setelah ditaklimatkan oleh pensyarah-pensyarah yang berpengelaman barulah aku tahu bahawa sebenarnya aku memang dah bestari cuma ia belum sempurna.....Aku tak mempunyai kemahiran dalam ICT namun berkat daripada bantuan rakan-rakan kursus dapatlah sedikit tentang ilmu ICT yang sebelum ini memang aku tak pernah jumpa...Makanan? adakalanya best..dan ada masa tak berselera..biasalah..yang pentingnya makan free...4 minggu berada di sini ibarat 4 tahun...teringat detik2 masa berada di maktab dahulu...pergi kuliah kena berjalan..sampai berat badan pun dah turun...Walauapapun halangannya aku akan tetap menyusuri jalan-jalan bestari yang tentunya dapat melahirkan insan dan jiwa yang benar-benar bestari...

0 ulasan: